Untuk ejen hartanah & REN
Balik site visit, listing terus naik.
Berapa listing awak masih tersangkut dalam galeri phone? Hantar geran dan gambar ke Telegram. Dua bot AI baca geran, susun gambar ikut ruang, tulis iklan dan publish ke channel awak.
Guna terus dalam Telegram. Tak perlu install app baru.
Untuk siapa
Bot ni dibuat untuk ejen yang buat semua benda sendiri.
- Awak ambil gambar, tulis iklan dan post sendiri. Tiada admin, tiada PA.
- Awak urus subsale atau tanah, dan setiap listing bermula dengan sekeping geran.
- Awak ejen part-time. Masa untuk listing cuma ada lepas kerja.
- Awak dah guna Telegram channel untuk kongsi listing dengan buyer dan co-agent.
Masalahnya
Site visit ambil sejam. Kerja lepas tu yang makan satu malam.
Taip semula isi geran
Nama owner, no. KP, no. lot. Luas pula dalam hektar atau meter persegi, kena kira sendiri ke kaki persegi. Salah satu digit, malu depan buyer.
40 gambar bercampur
Dapur, bilik air, pagar depan, semua dalam satu galeri. Pilih 10 yang elok, buang yang kabur dan gelap, susun ikut ruang.
Tulis iklan pukul 11 malam
Lepas penat drive dan jumpa owner, baru nak fikir ayat. Esok ada site visit lain, jadi yang ni tangguh dulu.
Post satu-satu
Copy teks, attach gambar, betulkan format, letak nombor telefon dan no. REN. Ulang untuk setiap listing.
Selagi listing tu duduk dalam phone awak, buyer tak nampak, owner tertunggu, dan ejen lain yang post dulu dapat panggilan.
Hantar geran. Dapat listing siap publish.
- Baca geranGambar atau PDF geran Rumi. Lister keluarkan nama owner, no. KP, luas dalam kaki persegi dan amaran yang ada pada geran.
- Tulis iklanJawab beberapa soalan ringkas: harga, bilik, kemudahan berdekatan. Lister tulis iklan, awak boleh pendekkan, tukar ke English atau edit sendiri.
- Publish ke channelTekan Lulus. Iklan dan gambar naik ke Telegram channel awak, lengkap dengan nombor telefon dan no. REN.
Contoh paparan. Butiran di atas rekaan.
Gambar site visit, tersusun ikut ruang.
- Hantar semua sekali gusSampai 40 gambar satu kumpulan, terus dari galeri.
- Satu album setiap ruangLuar rumah, ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik air dan lain-lain.
- Set iklan 10 gambarSatu dari setiap ruang dahulu. Gambar kabur atau gelap, dan gambar yang nampak muka orang atau no. plat, tak dipilih.
- Gambar tak disimpanLepas album dihantar balik, bot tak simpan gambar awak.
Guna dua-dua sekali
Dari geran ke channel, tanpa keluar Telegram.
- Hantar geran kepada ListerSemak ringkasan dan sahkan.
- Hantar gambar kepada SorterDapat album ikut ruang dan satu Set iklan.
- Forward Set iklan kepada ListerJawab soalan info, semak preview, tekan Lulus.
Lepas tu, /sold tanda SOLD pada post bila property dah terjual.
Owner: ROSLAN BIN HAMID
Luas: 10,893 kps
Amaran: ada sekatan kepentingan
Teres 2 Tingkat, Bandar Baru Bangi
RM 520,000 · 4 bilik · 3 bilik air
Lot tepi, dekat sekolah dan LRT
Contoh perbualan. Butiran property rekaan.
Tawaran
Dua bot bernilai RM288. Combo RM87 sahaja.
Lister RM159, Sorter RM129. Ambil combo, dapat dua-dua sekali dengan RM87.
Lister sahaja
- Baca geran Rumi
- Tulis iklan BM atau English
- Publish ke Telegram channel
Combo Lister + Sorter
- Semua fungsi Lister
- Semua fungsi Sorter
- Satu bayaran, dua-dua bot terbuka
Tawaran combo RM87 dah tamat. Harga sekarang RM288.
Ambil combo sekarangSorter sahaja
- Album gambar ikut ruang
- Set iklan 10 gambar
- Tapis gambar kabur dan gelap
Semua langganan dibuat dalam bot Lister: tekan Start, daftar, kemudian Langgan. Tiada potongan automatik: awak sambung sendiri bila nak.
Soalan biasa
Sebelum awak tekan butang.
Perlu install app atau buat akaun baru?
Tak perlu. Dua-dua bot jalan dalam Telegram yang awak dah ada. Buka bot, tekan Start, ikut langkah yang bot beri.
Semua jenis geran boleh dibaca?
Geran bertulisan Rumi sahaja, sebagai gambar atau PDF. Geran bertulisan Jawi belum disokong. Awak semak ringkasan dulu sebelum sahkan, jadi apa yang masuk iklan ialah apa yang awak luluskan.
Iklan terus dipost tanpa saya semak?
Tidak. Bot tunjuk preview dulu. Awak boleh pendekkan, tukar bahasa atau edit sendiri. Iklan naik ke channel hanya selepas awak tekan Lulus.
Gambar saya disimpan di mana?
Gambar dan video kekal dalam Telegram. Sorter tak simpan gambar selepas album dihantar balik. Gambar listing dalam Lister tak dihantar ke AI; AI hanya baca geran dan tulis iklan.
Macam mana nak bayar, dan ada auto-debit?
Tekan Langgan dalam bot, dapat pautan bayaran, bayar. Akses dibuka dalam masa lebih kurang seminit. Tiada auto-debit. Bot ingatkan awak tiga hari sebelum tempoh tamat.
Kalau saya tak sambung?
Bot berhenti baca geran, tulis iklan dan publish. Post yang dah ada dalam channel kekal, dan awak masih boleh tanda SOLD atau padam post.
Listing seterusnya, biar bot yang siapkan.
Dua bot, RM87. Harga combo tamat dalam 0h00j00m00s
Ambil combo sekarang